Pergerakan harga yang mendatar masih lagi diperlihatkan pada carta pasangan mata wang GBP/USD pada Isnin semalam seperti corak pergerakan pada Jumaat lalu.
US dolar gagal menunjukkan arah yang jelas dengan pergerakan yang bercampur untuk beberapa sesi awal pada pembukaan pasaran minggu ini.
Sentimen positif pasaran dengan berita operasi yang diteruskan oleh syarika-syarikat teknologi gergasi di China setelah sekatan pergerakan yang dilonggarkan, akan membuatkan US dolar sebagai mata wang safe-haven mengalami susut nilai.
Namun, penganalisis pasaran berpandangan US dolar masih berpotensi untuk kukuh pada minggu ini disokong oleh komen bernada hawkish oleh Pengerusi Federal Reserve (Fed) Jerome Powell susulan mesyuarat FOMC minggu lalu.
https://soundcloud.com/intradaydotmy/sis-fx-pasaran-matawang-slow#t=0:00
Pada carta GBP/USD Isnin semalam, kenaikan awal dipaparkan oleh harga menguji paras 1.22000 yang merupakan zon rintangan semasa buat harga.
Di sesi Eropah, harga berjaya melepasi paras tersebut sekitar 40 pips sebelum menjunam semula 120 pips ke paras terendah harian sekitar 1.21200.
Selain zon 1.22000, harga juga dilihat gagal untuk melepasi paras halangan Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam yang memberi petunjuk pergerakan bearish harga bakal diteruskan.
Pasaran menantikan situasi pengukuhan US dolar yang akan menjangkakan penurunan harga diteruskan untuk menguji pula zon sokongan pada 1.21000.
Menembusi zon tersebut berkemungkinan akan menyaksikan harga mencecah sehingga sekitar 1.2000.
Namun, dagangan yang bersambung pada hari ini (Selasa) menyaksikan pergerakan mendatar di awal sesi Asia kemudiannya cuba untuk melonjak melepasi halangan MA50 dan menguji zon 1.22000, namun ditekan turun semula.
Sekiranya harga membuat kenaikan lebih tinggi melepasi rintangan-rintangan berikut, bakal tercetus semula jangkaan awal bagi perubahan trend bullish buat harga.
Kenaikan yang dilanjutkan dilihat akan memberi reaksi pada beberapa paras tumpuan sebelum ini seperti pada 1.23000 atau rintangan 1.24000.
Lihat gambar carta harga pasangan GBP/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.
Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK DI SINI – MULA TRADE SEKARANG