Pergerakan pasaran yang suram di awal minggu menyaksikan carta-carta utama bergerak perlahan sementara pelabur menilai sentimen pasaran semasa yang agak bercampur.
Pound Sterling tidak meneruskan lonjakan seperti corak yang dipaparkan di minggu lalu ketika pasaran melihat US dolar telah mengalami penyusutan ketara.
Laporan data pekerjaan UK yang akan diterbitkan di awal sesi Eropah sebentar lagi akan menjadi tumpuan untuk penilaian bank pusat dalam penetapan dasar monetari selepas menaikkan kadar faedah pada mesyuarat polisi di awal November.
Sekiranya laporan pekerjaan catat bacaan yang memberangsangkan, Pound berpotensi untuk bergerak lebih kukuh berbanding US dolar pada minggu ini.
https://soundcloud.com/intradaydotmy/usd-naik-ke#t=0:00
Justeru, pergerakan harga pada carta pasangan mata wang GBP/USD berkemungkinan akan menyambung corak kenaikan minggu lalu.
Walaupun pergerakan harga mendatar di awal minggu berlegar di bawah paras ketinggian 1.18500 yang dicapai penghujung minggu lalu, belum lagi terdapat tanda-tanda jelas untuk perubahan trend bakal berlaku.
Harga juga disokong oleh paras sokongan Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam di carta GBP/USD dengan harga berlegar di sekitar 1.17500 bersambung pada sesi Asia pagi Selasa.
Sekiranya kenaikan harga masih berjaya diteruskan melepasi 1.18000, berkemungkinan paras ketinggian minggu lalu akan diatasi sebelum menuju ke zon 1.19000 untuk diuji.
Mencapai ke paras tersebut akan mencatatkan paras ketinggian terbaru 13 minggu.
Sementara, jika harga mula menunjukkan penurunan di bawah paras sokongan MA50, harga berkemungkinan akan menuju ke zon 1.16000 selepas isyarat perubahan trend.
Jika harga menerusnkan penurunan menembusi zon RBS (resistance become support) 1.16000 tersebut, harga bakal menuju pula ke sekitar 1.15000.
Lihat gambar carta harga pasangan GBP/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.
Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK DI SINI – MULA TRADE SEKARANG