Pergerakan harga pada carta pasangan mata wang GBP/USD turut menyaksikan corak penurunan harga masih diteruskan selepas keputusan mesyuarat FOMC yang menunjukkan isyarat pengukuhan untuk US dolar.
Namun, harga dilihat melonjak pada awalnya ketika reaksi pasaran terhadap ucapan oleh Pengerusi Federal Reserve (Fed), Jerome Powell yang bernada agak berhati-hati membuatkan US dolar melemah seketika.
Namun US dolar kembali mengukuh menekan harga jatuh semula selepas isyarat untuk pengetatan dasar oleh Fed akan diteruskan lagi selepas mengumumkan kenaikan kadar faedah sebanyak 75 mata asas kali keempat berturut-turut.
Namun, pelabur berwaspada terhadap dagangan Pound yang turut berpotensi untuk pamerkan pengukuhan menjelang mesyuarat polisi bank pusat England (BOE) pada sesi New York malam ini.
https://soundcloud.com/intradaydotmy/fomc-gegar-pasaran
Harga pada carta GBP/USD pada mulanya dilihat susut ke sekitar 1.14500 sebelum reaksi mesyuarat FOMC menyaksikan harga melonjak lebih 100 pips ke paras ketinggian 1.15600 yang turut diuji pada dagangan Selasa.
Namun, ekoran pengukuhan semula US dolar sehingga ke penghujung sesi New York, harga kemudiannya kembali menjunam sehingga 170 pips mencecah 1.13900.
Harga yang turut kembali bergerak di bawah paras halangan Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam di carta GBP/USD tersebut turut memberi isyarat untuk harga meneruskan pergerakan trend bearish.
Walaupun ada sedikit peningkatan harga yang perlahan di sesi Asia, penganalisis kekal melihat kecenderungan harga untuk meneruskan penurunan lebih rendah.
Jika penurunan bersambung lagi, harga bakal menuju ke sekitar 1.13000 sebelum menguji pula paras tumpuan pada 1.12000 sekiranya penurunan berterusan.
Seterusnya, paras sokongan pada 1.11000 pula akan menanti untuk menjadi sasaran berikutnya selepas menjadi tumpuan pada dagangan beberapa minggu lalu.
Namun, jika Pound berjaya kukuh selepas mesyuarat BOE, harga berkemungkinan boleh melonjak semula menguji rintangan pada 1.15000 dan juga halangan MA50.
Melepasi halangan berikut akan mendorong kenaikan lebih tinggi dengan sasaran akan kembali pada zon 1.16000 yang merupakan zon permulaan pergerakan harga di awal minggu.
Lihat gambar carta harga pasangan GBP/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.
Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK DI SINI – MULA TRADE SEKARANG