Pergerakan harga pada carta pasangan mata wang GBP/USD antara yang paling menarik pada dagangan Khamis semalam dengan tumpuan yang terarah kepada keputusan mesyuarat polisi bank pusat England.
Bank of England (BOE) menepati ramalan untuk meningkatkan kadar faedah sebanyak 25 mata asas kepada 1.00%, mengekalkan langkah kenaikan kadar tersebut sepanjang mesyuarat 2022.
Namun, selepas mesyuarat tersebut, mata wang Pound mengalami penyusutan nilainya yang ketara.
Ini adalah susulan amaran oleh BOE terhadap risiko kemelesetan ekonomi Britain di mana bank pusat turut menurunkan unjuran pertumbuhan ekonomi pada tahun 2023 dan 2024.
Ini telah mengundang reaksi negatif pada pelabur dan mendorong jangkaan penyusutan berpanjangan Pound.
Harga pada carta GBP/USD telah memaparkan penurunan harian sehingga 300 pips semalam dengan harga mencatatkan paras terendah terbaru melepasi paras sokongan 1.2400.
Penurunan telah mencecah ke sekitar 1.2320 iaitu rekod terendah harga sejak Jun 2020 yang lalu.
Dengan faktor pengukuhan semula US dolar juga, harga dijangka akan menyambung penyusutan lebih rendah dengan jangkaan menuju ke sekitar 1.2200 pula.
Namun waspada sekiranya US dolar melemah selepas reaksi bacaan laporan pekerjaan NFP yang mengecewakan di sesi New York yang boleh mendorong kenaikan semula harga.
Harga yang meningkat semula di atas paras 1.2400 berkemungkinan akan menguji ke paras ketinggian dicapai semalam dengan sasaran zon 1.2700 bakal diuji.
Lihat gambar carta harga pasangan GBP/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.
Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK DI SINI – MULA TRADE SEKARANG