Carta pasangan mata wang GBP/USD telah paparkan kenaikan harga hingga mencapai paras 1.21000, rekod tertinggi 14 minggu!
Apa yang terjadi dalam pasaran?
Dagangan pada Rabu menyaksikan kenaikan harian pada carta tersebut sekitar 200 pips mengatasi ketinggian dicapai minggu lalu.
Ini adalah didorong oleh reaksi pasaran terhadap minit mesyuarat FOMC yang jelas membuatkan US dolar menyusut lebih parah.
Berbeza berbanding kenyataan bernada hawkish Federal Reserve (Fed) pada mesyuarat yang lalu selepas menaikkan kadar faedah, pelabur meneliti butiran minit yang menunjukkan majoriti penggubal dasar bersetuju untuk memperlahankan kenaikan kadar faedah yang agresif sebelum ini.
Situasi tersebut memberi kelebihan untuk Pound mendaki pada carta harga berbanding US dolar yang lemah walaupun perkembangan berisiko dinilai di UK.
Isu Brexit kembali menjadi perhatian semula dengan kebimbangan ketegangan akan tercetus di antara Perdana Menteri dan Menteri Kewangan.
https://soundcloud.com/intradaydotmy/usd-terkejut-isyarat-fomc
Carta GBP/USD yang dilihat memaparkan pergerakan mendatar harga di sesi Asia semalam sekitar 1.18800 kemudiannya membuat kenaikan melepasi rintangan 1.19400 sebelum zon 1.2000 ayng diuji minggu lalu berjaya ditembusi.
Harga mencapai ketinggian sekitar 1.20800 di sesi New York sebelum kenaikan diteruskan di sesi Asia hari ini (Khamis) mencapai ketinggian terbaru pada 1.21000.
Corak bullish tersebut dijangka akan berterusan ke sesi-sesi berikutnya dengan sasaran ketinggian terbaru bakal dituju harga adalah pada 1.22000 untuk rekod tertinggi 15 minggu.
Namun penganalisis tidak menolak perubahan arah harga menurun semula boleh berlaku dengan risiko ketidaktentuan di UK serta sentimen pasaran risk-off didorong oleh perkembangan Covid-19 di China yang boleh mengukuhkan US dolar.
Untuk jangkaan penurunan harga semula, zon 1.2000 dilihat akan kembali menjadi tumpuan dan jika gagal melantukan harga kembali, penurunan bakal diteruskan ke paras-paras tumpuan sebelum ini seperti 1.19400 dan 1.18800.
Selanjutnya harga boleh susut semula ke zon 1.18000 yang menjadi sokongan harga sejak dagangan minggu lalu.
Lihat gambar carta harga pasangan GBP/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.
Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK DI SINI – MULA TRADE SEKARANG