Pergerakan harga pada carta pasangan mata wang GBP/USD dilihat masih lagi mengekalkan trend bullish walaupun agak mendatar pada minggu lalu.
Harga berjaya meneruskan kenaikan semula di penghujung minggu susulan penyusutan US dolar selepas pertambahan pekerjaan di Amerika Syarikat (AS) untuk bulan Disember lebih rendah berbanding jangkaan.
Pound tidak melepaskan peluang untuk mengukuh berbanding US dolar dengan jangkaan situasi tersebut akan berterusan di awal minggu ini sementara pelabur berwaspada menjelang data inflasi AS yang menjadi tumpuan.
Untuk Pound, pelabur akan memberi perhatian terhadap laporan data pertumbuhan ekonomi UK pada Jumaat ini yang dijangka akan memacu pergerakan mata wang Britain itu di penghujung minggu.
https://soundcloud.com/intradaydotmy/din-dolar-usd-kecundang
Kenaikan harga sehingga penghujung sesi minggu lalu telah kembali semula berlegar di zon ketinggian 1.36000 yang menjadi zon tertinggi harga bagi tempoh dagangan 8 minggu.
Zon tersebut sebelum ini pernah diuji pada awal November lalu yang dilihat sebagai zon SBR (support become resistance).
Jika kenaikan berjaya diteruskan, sasaran paras ketinggian terbaru yang bakal dituju harga adalah pada 1.36500.
Namun, jika zon resistance pada 1.36000 gagal ditembusi, penurunan harga akan kembali menguji paras sokongan harga pada 1.35000 yang diuji pada Khamis lalu.
Penurunan lebih rendah melepasi paras tersebut akan memberi isyarat bagi permulaan trend bearish harga.
Lihat gambar carta pasangan mata wang GBP/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.
Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK DI SINI – MULA TRADE SEKARANG