Krisis syarikat exchanger mata wang kripto FTX menjadi semakin sulit selepas dilaporkan terdapat beberapa individu bertindak menggodam syarikat tersebut pada awal bulan ini.
Mengikut informasi yang dikaji, penggodam tersebut telah menggunakan ChipMixer untuk memindahkan Bitcoin (BTC) bernilai $4.1 juta (255 BTC) ke platform OKX.
Diteruskan lagi, salah satu pengguna Twitter yang bernama ZachXBT meluahkan kekecewaannya apabila penggodam mencuri sejumlah aset digital beliau melalui analisis on-chain* dan terdapat ura-ura yang mengatakan bahawa penggodam tersebut adalah daripada pekerja dalaman FTX.
*bidang pengajian yang mengkaji asas, utiliti, dan aktiviti transaksi mata wang kripto dan data blockchain
Rentetan itu, OKX tanpa membazir masa telah membekukan akaun penggodam tersebut selepas mendapati individu itu memindahkan dana dicuri ke exchanger Kraken berpangkalan di California terlebih dahulu.
Selain daripada OKX, Kraken turut mengikuti jejaknya dengan memberhentikan akaun penggodam itu daripada mendapat akses dana yang mempunyai penipuan semata-mata.
Ulas daripada FTX, mereka mengumumkan insiden penggodaman tersebut semasa lebih 130 syarikat konglomerat berdasarkan kripto memfailkan perlindungan kebankrapan dan mengakibatkan pasaran kripto mengalami kejatuhan drastik.
Imbas kejadian pada awal bulan ini, seorang penggodam dikenalpasti turut mencuri kripto bernilai $400 juta setelah berjaya memperoleh akses kepada syarikat FTX berpangkalan di Bahamas.
Dimaklumkan juga bahawa penggodam tersebut adalah pemegang Ethereum (ETH) terkaya susulan pemegang aset digital di dalam wallet blockchain ETH hanya mempunyai 34 sahaja.