Pergerakan harga pada carta pasangan mata wang GBP/JPY telah menamatkan siri kenaikan harga beberapa hari selepas pelabur menyaksikan penurunan yang ketara harga berlaku semalam.
Selepas bacaan data PMI pembuatan dan perkhidmatan UK yang diterbitkan suram pada sesi Eropah semalam, reaksi negatif pelabur telah mendorong penyusutan semula Pound walaupun telah memulakan dagangan awal minggu dengan baik.
Di samping itu juga, Yen sedikit mengukuh selepas pemulihan pada sentimen pasaran sebelum ini dilihat lebih terhad ekoran pelabur meneliti petunjuk pada pasaran saham di mana bacaan indeks utama Wall Street yang kembali ‘merah’.
Ini sedikit sebanyak dilihat menjadi faktor tambahan bagi pergerakan menurun harga pada carta GBP/JPY sejak semalam.
Penurunan harga semula di bawah paras halangan Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam turut memberikan isyarat awal perubahan trend bearish.
Penurunan harga di sesi Eropah yang bersambung ke sesi New York telah mencecah ke paras sekitar 158.00, menutup keuntungan yang diraih ketika peningkatan harga sejak pembukaan dagangan di awal minggu.
Harga walau bagaimanapun menunjukkan sedikit peningkatan dalam tempo yang perlahan dari penghujung sesi New York sehingglah bersambung ke awal sesi Eropah petang ini.
Sekiranya harga gagal melepasi halangan MA50, penurunan harga dijangka akan diteruskan semula menuju zon RBS (resistance become support) pada 157.700.
Penurunan lebih rendah untuk meneruskan pergerakan bearish akan mendorong harga menuju zon support pada 156.00 yang menjadi tumpuan pada dagangan 12 Mei lalu.
Namun sekiranya harga berjaya melonjak semula melepasi halangan MA50 seterusnya memberi petunjuk untuk menyambung kenaikan yang dipaparkan sebelum ini, paras ketinggian mingguan pada 161.00 bakal dicabar.
Berjaya mengatasi paras tersebut akan mendorong harga menuju pula ke zon rintangan pada 162.00 yang turut diuji pada dagangan awal minggu lalu.
Lihat gambar carta harga pasangan GBP/JPY di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.
Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK DI SINI – MULA TRADE SEKARANG