Harga minyak terus memperpanjangkan penyusutan untuk sesi keempat berturut-turut berikutan data ekonomi China yang lemah mencetuskan kebimbangan baharu terhadap kemelesetan.
Pada sesi pembukaan Eropah, niaga hadapan minyak mentah Brent didagangkan suram pada sekitar harga $94 setong manakala dagangan WTI Amerika Syarikat pula merosot pada $88 setong.
Kedua-dua penanda aras telah mencatat penurunan kira-kira 3% pada sesi sebelum ini, membawanya menghampiri paras terendah enam bulan.
https://soundcloud.com/intradaydotmy/harga-emas-minyak-parah?utm_source=clipboard&utm_campaign=wtshare&utm_medium=widget&utm_content=https%253A%252F%252Fsoundcloud.com%252Fintradaydotmy%252Fharga-emas-minyak-parah
Aktiviti kilang dan penjualan runcit di China tanpa dijangka lebih perlahan pada bulan Julai yang mendorong bank pusat untuk mengurangkan kadar faedah untuk menyokong ekonomi.
Selain itu, prospek untuk peningkatan eksport minyak Iran juga mempengaruhi harga apabila Tehran bertindak balas terhadap cadangan Kesatuan Eropah (EU) untuk menghiduplan semula perjanjian nuklear 2015.
Di sisi lain, harga minyak masih terkesan dengan kesediaan syarikat gergasi minyak Saudi Aramco untuk meningkatkan pengeluaran minyak mentah kepada kapasiti maksimum 12 juta tong jika kerajaan Arab Saudi mengarahkannya berbuat demikian.