Dalam suasana berisiko pasaran sebelum ini yang mula mereda, US dolar dilihat berjaya mengekalkan pengukuhan selepas terbitan data perkhidmatan Amerika Syarikat (AS) tinjauan ISM yang mengukuh berbanding jangkaan pada tumpuan di sesi New York semalam.
Sementara itu, beberapa pegawai Federal Reserve (Fed) AS berpandangan kenaikan kadar faedah yang agresif perlu diteruskan dengan jangkaan kenaikan sebanyak 75 mata asas pada mesyuarat FOMC bulan September berkemungkinan akan dilaksanakan lagi.
Tumpuan akan terarah pada keputusan mesyuarat polisi Bank of England (BOE) pada sesi Eropah sebentar lagi yang akan mempengaruhi pergerakan Pound dengan jangkaan kenaikan kadar faedah sebanyak 50 mata asas untuk kenaikan paling tinggi sejak 1995.
https://soundcloud.com/intradaydotmy/recording-70
Memerhatikan pergerakan harga pada carta pasangan mata wang GBP/USD, harga dilihat mendatar di paras rintangan 1.22000 di sesi Eropah semalam sebelum harga menyusut di sesi New York sehingga menyentuh paras sokongan pada 1.21000.
Namun harga kembali melantun semula dari paras tersebut dan menutup dagangan penghujung sesi New York di sekitar 1.21400.
Kejatuhan harga masih dijangka untuk diteruskan dengan pergerakan di bawah paras halangan Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam di carta GBP/USD sebagai isyarat bearish, di samping corak penurunan yang dipamerkan.
Sekiranya harga meneruskan penurunan yang lebih rendah, harga bakal menguji sekali lagi paras sokongan pada 1.21000 sebelum melanjutkan penurunan lebih rendah untuk menunjukkan pergerakan trend bearish yang lebih jelas.
Penurunan seterusnya dilihat akan menuju ke paras 1.20000 untuk menguji pula zon resistance become support (RBS) tersebut.
Sebaliknya jika harga berjaya kembali paparkan peningkatan semula, paras halangan pada 1.22000 akan diuji dan sebelum harga yang melepasinya dan juga halangan MA50 akan mencetus isyarat untuk perubahan trend bullish pada carta harga.
Pengukuhan yang lebih tinggi harga bakal menuju pula ketinggian 1.23000 yang menjadi zon rintangan penting setelah kenaikan harga di awal minggu gagal untuk melepasi ke paras lebih tinggi.
Lihat gambar carta harga pasangan GBP/USD untuk di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.
Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK DI SINI – MULA TRADE SEKARANG