Pada jam 9.15 pagi penanda aras FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) mencanak 2.19 mata pada 1,601.80 daripada penutupan Selasa pada 1,599.61.
Indeks dibuka 1.04 mata pada 1,606.65.
Ia dibuka dalam wilayah ‘hijau’ lagi harini ekoran sentimen yang memulih dan hasil sokongan belian bersih yang kukuh daripada dana asing sejak beberapa sesi dagangan yang lalu.
Di pasaran meluas, pelabur menyaksikan kaunter untung mengatasi rugi dengan 295 berbanding 180, manakala 255 kaunter pula tidak berubah, 1,498 tidak didagangkan dan 10 digantung.
Jumlah perolehan pada 320.14 juta unit bernilai RM222.05 juta.
Nota Malacca Securities Sdn Bhd berkata sentimen ‘hijau’ pada bursa tempatan akan berlanjutan, dengan nada asas indeks utama masih secara amnya positif.
Tambahnya, mereka menjangkakan sektor pertanian akan berlaku aktiviti profit-taking sementara sektor perkhidmatan kewangan dilihat semakin menarik ekoran aktiviti ekonomi yang beransur-ansur pulih.
Saham berwajaran tinggi menyaksikan Press Metal maju 10 sen pada RM6.94, Petronas Gas tambah 32 sen pada RM17.58, IHH Healthcare kukuh 6 sen pada RM6.62 dan Maybank naik 4 sen pada RM8.66.
Saham aktif memperlihatkan SMTrack naik 1 sen pada 22 sen, Dagang NeXchange tambah 5 sen pada RM1.18, Hibiscus Petroleum kekal pada RM1.14 sementara Eastland Equity susut 1.5 sen pada 7 sen.
Di papan indeks, FBM ACE turun 6.97 mata pada 6,278.48, FBM 70 macu 59.59 mata pada 13,754.95, FBM Emas tambah 22.14 mata pada 11,433.43, FBMT 100 canak 22.44 mata pada 11,120.19 dan FBM Emas Shariah mekar 24.49 mata pada 12,170.13.
Segi sektor, indeks Perkhidmatan Kewangan memacu 47.51 mata pada 16,500.94, indeks Industri Produk dan Perkhidmatan mencanak 1.28 mata pada 213.09 dan indeks Perladangan melayu 101.37 mata pada 7,555.05.