Pelabur pasaran kewangan berkemungkinan sedikit keliru dengan arah pergerakan buat US dolar yang semakin kurang jelas berbanding bulan-bulan sebelum ini.
Namun, penganalisis pasaran masih berpandangan US dolar bakal memasuki fasa pengukuhannya dengan tumpuan terhadap langkah pengetatan dasar oleh Federal Reserve (Fed) pada tahun ini.
US dolar pada dagangan Rabu semalam dilihat kehilangan momentum selepas pengukuhan dipamerkan sejak awal minggu.
https://soundcloud.com/intradaydotmy/din-dolar-usd-hilang-momentum
Jika diperhatikan pada carta harga pasangan mata wang EUR/USD, harga telah kembali bergerak mendatar semalam berbanding penurunan 100 pips harga yang berlaku pada Selasa lalu.
Pun begitu, masih awal untuk menilai perubahan trend harga ekoran harga masih bergerak di bawah paras halangan Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam.
Jika harga kekal bergerak di bawah halangan MA50 tersebut, penurunan harga mungkin akan diteruskan menuju zon support sekitar 1.12500 untuk catatkan paras terendah 4 minggu.
Penurunan lebih rendah akan menuju pula zon terendah dicecah harga pada tahun 2021 iaitu zon support 1.12000.
Sebaliknya jika kenaikan harga berterusan menyambung pergerakan semalam, zon 1.14000 dilihat akan kembali menjadi zon rintangan buat harga.
Kenaikan lebih tinggi melepasi zon tersebut berkemungkinan akan menguji semula paras ketinggian dicapai minggu lalu sekitar 1.14800.
Lihat gambar carta harga pasangan EUR/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.
Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK DI SINI – MULA TRADE SEKARANG