Pasaran menyaksikan lonjakan drastik dalam dagangan logam kuning emas selepas data inflasi Amerika Syarikat yang lebih kuat daripada jangkaan diterbitkan pada minggu lalu.
Indeks harga pengguna (CPI) AS meningkat kepada 8.6% pada bulan Mei, melebihi jangkaan pasaran bahawa inflasi akan mereda dengan peningkatan 8.3% daripada 8.4% yang dicatatkan pada April.
Walaupun begitu, kehangatan inflasi di AS masih membara, menyebabkan pelabur bergegas mendapatkan logam berharga emas sebagai lindung nilai kepada inflasi.
Hal ini mendorong emas untuk melonjak ke paras tertinggi satu bulan pada $1,875 per auns sebaik sahaja data dikeluarkan pada Jumaat.
Logam kuning itu bagaimanapun kembali mengurangkan keuntungan pada sesi Asia dengan diperdagangkan pada sekitar harga $1,860 per auns.
Penyusutan ini mungkin dipengaruhi oleh kebimbangan bahawa Federal Reserve (Fed) akan bertindak lebih tegas dalam menangani inflasi dengan meningkatkan kadar faedah lebih 50 mata asas daripada yang dijanjikan sebelum ini.
Data harga pengeluar (PP) AS dan mesyuarat polisi FOMC padaminggu ini, akan menjadi penggerak seterusnya buat dagangan emas.