Tahukah anda pengukuhan ketara US dolar telah mendorong harga pada carta pasangan mata wang USD/JPY telah mencapai paras ketinggian terbaru sejak 1998?
US dolar masih lagi mengekalkan momentum lonjakan harga yang tercetus pada minggu lalu menjelang keputusan mesyuarat FOMC dengan jangkaan kenaikan kadar faedah agresif akan diteruskan oleh Federal Reserve (Fed).
Sementara mata wang Yen Jepun pula kekal bergerak lemah ekoran pandangan bank pusat Jepun (BOJ) yang masih mengekalkalkan pelonggaran polisi untuk menyokong ekonomi negara matahari terbit itu.
Carta harga USD/JPY masih lagi dilihat meneruskan kenaikan walaupun momentum sedikit perlahan berbanding pergerakan agresif pada minggu-minggu sebelum ini.
Pergerakan harga pada Selasa semalam telah berjaya melepasi paras rintangan pada 135.00 untuk mencapai ketinggian terbaru pada kenaikan yang diteruskan mencapai sekitar 135.580.
Ini merupakan paras tertinggi harga yang pernah dicapai sejak tahun 1998 selepas sedikit sahaja mengatasi ketinggian pada 2002 yang juga berada pada zon rintangan yang sama.
Pergerakan harga kekal dengan corak bullish dengan isyarat harga yang berlegar di atas paras sokongan Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam di carta USD/JPY.
Penurunan harga dipaparkan pada dagangan hari ini (Rabu), bermula pada sesi Asia bersambung ke sesi Eropah, namun harga masih belum melepasi paras sokongan pada MA50 setelah susut sedikit di bawah paras 135.00.
Kenaikan harga akan terus dijangkakan untuk harga terus mencatatkan paras ketinggian terbaru lagi setelah mencapai paras tertinggi 24 tahun.
Sasaran kenaikan harga seterusnya berkemungkinan akan menuju ke paras sekitar 137.00 pula.
Namun jika harga sudah penat mendaki dan mula memberi petanda untuk mengalami kejatuhan semula, pelabur perlu waspada untuk perubahan trend harga yang bakal berlaku.
Penurunan harga dilihat boleh susut semula sehingga mencecah paras 132.00 atau zon tumpuan pada 131.00.
Mesyuarat polisi BOJ akan jadi tumpuan pada penghujung minggu selepas tumpuan akan diberikan dahulu kepada mesyuarat FOMC.
Lihat gambar carta harga pasangan mata wang USD/JPY di bawah untuk rujukan analisis teknikal.
Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK DI SINI – MULA TRADE SEKARANG