Emas sedikit berubah pada hari Jumaat, tidak mempamerkan momentum pembelian yang besar walaupun selepas menyaksikan ekonomi Amerika Syarikat menguncup lebih teruk daripada dijangkakan pada suku pertama.
Pada sesi Asia, logam berharga itu diperdagangkan positif pada $1,854 per auns, sementara niaga hadapan emas pula berlegar pada $1,853 per auns.
Jabatan Perdagangan melaporkan bacaan awal keluaran dalam negara kasar (KDNK) merosot 1.5% berbanding jangkaan pasaran untuk penguncupan sebanyak 1.3%. Ini merupakan anggaran kedua KDNK, di mana penilaian awal menunjukkan ekonomi menurun sebanyak 1.4%.
Namun begitu, pasaran emas tidak melihat banyak reaksi terhadap data ekonomi yang mengecewakan itu.
Reaksi yang dipamerkan ini mungkin disebabkan jangkaan kenaikan kadar faedah selanjutnya oleh Federal Reserve (Fed) yang mengehakan daya tarikan terhadap emas.
Minit mesyuarat FOMC terbaharu menunjukkan bank pusat akan menaikkan kadar faedah sebanyak 50 mata asas pada bulan Jun dan Julai.
Logam kuning itu bagaimanapun berada di landasan untuk keuntungan mingguan kedua berturut-turut pada minggu ini susulan penyusutan US dolar dari paras tertinggi 20 tahun.