Emas kekal lebih kukuh pada hari Jumaat, walaupun dengan kekuatan momentum yang kurang di tengah-tengah kewaspadaan pelabur pada hari dagangan terakhir 2022.
Pada sesi Asia, logam kuning itu diniagakan stabil pada $1,817 per auns, manakala niaga hadapan emas pula sedikit lebih tinggi pada $1,824 per auns.
Kemerosotan dalam dagangan US dolar dan hasil bon AS 10 tahun sedikit rendah memberi ruang buat logam berharga itu untuk kembali bangkit dari kejatuhan sebelum ini.
Sungguhpun begitu, emas berada di landasan untuk mencatat kerugian tahunan kedua berturut-turut ekoran terjejas dengan kenaikan kadar faedah yang agresif oleh Federal Reserve (Fed).
Harga emas menuju penurunan tahunan sekitar 0.7%, manakala indeks dolar pula lebih baik untuk mencatat kenaikan tahunan lebih 8%.
Mungkin ini bukan tahun terbaik untuk emas, tetapi ia berhasil merekodkan keuntungan besar ketika perang Rusia dan Ukraine tercetus
pada Februari dengan meningkat pada $2,070 per auns.
Tidak dilupakan juga dengan prestasi memberangsangkan logam kuning itu yang telah meningkat hampir $200 daripada paras terendah lebih dua tahun pada September.