Kejatuhan berterusan dolar Amerika menyebabkan ia mengalami kerugian harian terbesarnya apabila kejutan bank pusat yang dovish di Australia mencetuskan persoalan pelabur sama ada kemuncaknya sudah tiba untuk kadar faedah global.
US dolar susut kira-kira 1.6% berbanding euro yang membawanya kembali menguji paras pariti harga pada $0.9999 dan junam 1.3% berbanding pound sterling kepada $1.1490.
Indeks dolar jatuh 1.3% pada Selasa, penurunan terbesarnya sejak pasaran dilanda wabak Covid-19 pada Mac 2020 dan turun lebih 4% sejak mencapai puncak 20 tahun pada minggu lalu.
Pound telah melantun lebih 11% dari paras terendah sepanjang masa minggu lepas, yang turut diikuti oleh euro.
Terdahulu, Reserve Bank of Australia (RBA) menaikkan kadar faedah hanya 25 mata asas meleset daripada ramalan untuk kenaikan 50 mata asas, sekali gus memacu lonjakan bon yang mendadak serta mengurangkan jangkaan kadar faedah.
Melihat faktor pergerakan US dolar, jangkaan untuk kenaikan 75 mata asas pada mesyuarat November oleh Federal Reserve (Fed) terus berkurang selepas menyaksikan data pembuatan Amerika Syarikat yang lebih perlahan.
Namun, gabenor Fed Philip Jefferson menegaskan bahawa inflasi kekal menjadi fokus utama bank pusat dan pertumbuhan akan terjejas dalam usaha untuk menurunkannya.
Data pekerjaan NFP AS yang akan dikeluarkan pada Jumaat akan menjadi petunjuk utama seterusnya bagi jangkaan untuk kadar faedah Fed.