Dalam dagangan pasaran yang suram, emas bergerak lebih rendah apabila US dolar mula menunjukkan tanda-tanda untuk bangkit semula walaupun dengan pergerakan yang agak terhad.
Ketika sesi Asia, spot emas didagangkan merosot pada $1,827 per auns, manakala niaga hadapan emas pula $1,828 per auns.
Setelah berhari-hari bergerak lemah sejak awal minggu, US dolar mula memperlihatkan tanda-tanda untuk menguat dengan didagangkan lebih tinggi berbanding mata wang utama lain.
Pelabur kini menantikan petunjuk terbaharu daripada bank pusat mengenai pelan dasar monetari yang selanjutnya, khususnya dari Federal Reserve (Fed).
Pengerusi Jerome Powell akan memberi keterangan mengenai Laporan Dasar Monetari Separuh Tahunan di hadapan Senat pada hari ini dan akan mengulangi keterangannya di hadapan suruhanjaya yang berbeza pada Khamis.
Data inflasi UK yang akan diterbitkan pada sesi Eropah juga akan menjadi fokus pasaran pada sesi Eropah, dengan jangkaan harga pengguna akan terus meningkat di paras tertinggi 40 tahun pada bulan Mei.