Mata wang US dolar kekal bergerak suram sejak awal minggu berikutan pelabur berwaspada menantikan terbitan data inflasi Amerika Syarikat (AS), membantutkan pengukuhan ketika laporan data pekerjaan NFP diterbitkan pada Jumaat lalu.
Data inflasi ini akan turut menjadi perhatian Federal Reserve (Fed) untuk penetapan dasar monetari dengan jangkaan untuk Fed mengekalkan kenaikan kadar faedah agresif sebanyak 50 mata asas kembali menjadi pilihan, berbanding jangkaan sebelum ini untuk memperlahankan kenaikan kadar tersebut.
Sementara, perkembangan di Eropah semakin tegang dengan laporan sekatan Rusia ke atas saluran paip Druzhba berkenaan isu pembayaran transit.
Krisis tenaga yang semakin membimbangkan dilihat akan terus menekan ekonomi Eropah yang sememangnya bergantung kepada bekalan tenaga dari Rusia. Situasi mula berubah sejak perang Rusia-Ukraine tercetus dan tindakan protes yang memudaratkan ekonomi utama itu.
Justeru, mata wang US dolar dan Euro antara yang menjadi tumpuan pelabur pada minggu ini.
https://soundcloud.com/intradaydotmy/recording-81
Menilai pergerakan harga pada carta EUR/USD, corak kenaikan harga diteruskan pada dagangan Selasa semalam menyambung kenaikan yang dipamerkan di awal minggu.
Namun begitu, kenaikan dilihat adalah pada tempo lebih perlahan berbanding terjunan harga yang ketara pada penghujung minggu lalu ketika data NFP diterbitkan.
Kenaikan harga semalam dilihat kembali menguji paras rintangan 1.02400 pada sesi Eropah, sebelum berundur semula menutup dagangan penghujung sesi New York di sekitar 1.02100.
Pergerakan harga yang mendatar di atas paras sokongan Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam di carta EUR/USD bersambung di awal sesi Asia pagi ini (Rabu) masih memberi isyarat untuk harga menyambung kenaikan.
Namun kenaikan harga perlu melepasi rintangan pada 1.024000 sebelum kenaikan lebih tinggi dilihat bakal menguji rintangan pada zon 1.03000 pula.
Sebaliknya jika pelabur menyaksikan penurunan harga berlaku semula, paras sokongan harga pada 1.01600 bakal menjadi tumpuan untuk diuji minggu ini selepas paras tersebut berjaya melantunkan harga ketika terjunan Jumaat lalu.
Untuk penurunan lebih rendah, paras 1.0100 pula akan dituju untuk harga menguji zon RBS (resistance become support) tersebut.
Lihat gambar carta harga pasangan EUR/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.
Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK DI SINI – MULA TRADE SEKARANG