Menuju penghujung minggu, harga minyak didagangkan lebih tinggi ketika US dolar membataskan pergerakan menjelang penerbitan data pekerjaan NFP Amerika Syarikat.
Niaga hadapan minyak Brent meningkat pada $96 setong manakala dagangan WTI Amerika Syarikat pula menokok pada $89 setong.
Kedua-dua penanda aras telah merosot pada awal dagangan minggu ini berikutan US dolar yang lebih kukuh dan kebimbangan terhadap penutupan Covid-19 di China.
Namun kerugian yang dicatatkan kembali berkurangan setelah data bekalan minyak mentah Amerika Syarikat diterbitkan lebih baik daripada jangkaan, yang menandakan permintaan kukuh dari ekonomi nombor satu dunia itu.
Dagangan Brent kini berada di landasan untuk menamatkan minggu ini hanya dengan penurunan 0.5%, manakala WTI AS pula meningkat 1%.
Penganalisis berkata walaupun kebimbangan permintaan sedang membebankan pasaran, namun bekalan yang dijangka ketat dan sekatan Eropah terhadap minyak Rusia bermula 5 Disember membantu menyokong harga.