Rangkaian kewangan terdesentralisasi Polkadot yang menganjurkan ekosistem aUSD telah menyatakan di Twitter rasminya bahawa mereka akan menghentikan operasi pada Acala setelah melihat isu konfigurasi protokol Honzon* yang telah menjejaskan aUSD.
*Protokol Honzon merupakan platform DeFi baharu yang memfokuskan pada penciptaan dan perdagangan aset sinetik dalam rantaian
Oleh itu, apa-apa maklumat akan dilaporkan selepas penyiasatan selesai dilakukan dan operasi rangkaian berjalan seperti biasa.
Penggodam telah mengeluarkan lebih 1.2 bilion aUSD setelah mendapat akses kepada rangkaian tersebut. Ini menyebabkan aset menurun sebanyak 70%! Walaupun begitu, aUSD masih memupuk kerugian semasa laporan dinyatakan.
Hal ini disebabkan sentimen pasaran yang kekal dalam keadaan bearish. Aset itu juga telah turun kepada $0.88 sejurus selepas aUSD mencecah paras tertinggi $1.03 buat kali pertama sejak 30 Jun.
Selain itu, tindakan seterusnya bagi mengembangkan lagi aset serta platformnya tidak akan diberitahu sehingga kompromi itu dibetulkan. Difahamkan bahawa, Native stablecoin ekosistem polkadot aUSD adalah stablecoin bersandarkan kripto cagaran yang terdesentralisasi.
AUSD mint melalui sistem Collateralized Debt Positions (CDP) yang dilancarkan pada Februari 2022. Dalam pada itu, stablecoin diputuskan pada nilai USD iaitu menjadikan 1aUSD bersamaan dengan 1 Dolar.
Selain Acala, banyak protokol DeFi lain yang juga telah diserang tahun ini. Misalnya, CurveFinance pernah diserang oleh penggodam yang kemudiannya mendedahkan bahawa protokol DeFi kehilangan $570,000.
Walaupun rangkaian membuat pendedahan selepas berlaku setiap serangan, tetapi komitmen dalam mengetatkan keselamatan tidak dapat dipastikan serta hala tuju pasaran dalam jangka panjang masih tidak jelas.