Emas terus melanjutkan kenaikan daripada paras terendah yang dicatatkan pada minggu lalu dengan sokongan yang diperoleh dari kelemahan US dolar.
Pada sesi Asia, spot emas diniagakan pada sekitar harga $1,725 per auns , manakala niaga hadapan emas pula sedikit susut pada $1,736 per auns.
Kelemahan dolar greenback berterusan pada awal minggu, menyaksikannya jatuh ke paras terendah lebih dua minggu berbanding kebanyakan mata wang utama.
https://soundcloud.com/intradaydotmy/emas-minyak-menjelang-data-inflasi?si=d59d3c02f42c4b5385b984b6cce148b2&utm_source=clipboard&utm_medium=text&utm_campaign=social_sharing
Menjadi tumpuan pelabur kini adalah penerbitan data inflasi Amerika Syarikat pada sesi New York yang dijangka menurun kepada 8.1% pada bulan Ogos daripada 8.5% yang dicatatkan pada Julai.
Bacaan tersebut akan menandakan penurunan bulan kedua berturut-turut daripada puncak 40 tahun yang direkodkan pada Jun, dan menunjukkan tekanan inflasi AS yang berkurangan susulan penurunan kos bahan api dan beberapa kenaikan kadar faedah oleh bank pusat.
Namun begitu, pasaran masih menjangkakan Federal Reserve (Fed) akan terus menaikkan kadar faedah pada tahun ini memandangkan inflasi kekal jauh dari sasaraan bank pusat pada 2%.
Jangkaan untuk kenaikan 75 mata asas semakin meningkat, tetapi pelabur juga tidak menolak kemungkinan untuk peningkatan 50 mata asas akan dilaksanakan.