Seperti yang dibimbangi pasaran, Jepun sekali lagi telah bertindak campur tangan dalam pasaran kewangan pada penutup dagangan minggu lalu selepas melakukannya pada 4 minggu sebelum itu.
Situasi tersebut sebenarnya telah menjadi faktor yang membuatkan pelabur berwaspada beberapa minggu sebelum ini lagi dengan kejatuhan Yen berbanding US dolar berterusan sehinggalah mencecah paras ¥150.00.
Walaupun sebelum ini pasaran memahami dasar monetari longgar yang dikekalkan oleh Bank of Japan (BOJ) sebagai strategi kestabilan ekonomi, namun kejatuhan Yen ke paras terendah sejak 1990 berbanding US dolar menjadi satu perkara yang membimbangkan.
Pada 22 September lalu, kerajaan telah bertindak campur tangan ketika harga mencapai paras ¥145.90, namun peningkatan Yen tidak bertahan lama apabila US dolar terus memberikan tekanan.
Pada Jumaat lalu, dapat diperhatikan pergerakan harga pada carta pasangan mata wang USD/JPY apabila harga memuncak ke paras ketinggian 151.90 mengundang sekali lagi campur tangan oleh Jepun.
Sesi terakhir minggu lalu menyaksikan harga menjunam dari ketinggian tersebut sehingga mencecah paras 146.00 kesan tindakan campur tangan yang berlaku.
Pergerakan tak menentu Yen berterusan pada pembukaan dagangan awal minggu ini apabila pelabur menyaksikan pergerakan volatile pada carta USD/JPY di awal sesi Asia semalam.
Lonjak ke paras 149.700, junam mencecah 145.500.
Pergerakan harga mula mereda di sesi Eropah dan New York semalam di sekitar 149.00, namun melihatkan harga bergerak di bawah halangan Moving Average 50 (MA50) untuk isyarat trend bearish buat harga.
Untuk jangkaan penurunan semula harga, paras sekitar 147.00 atau 145.900 dilihat akan menjadi antara tumpuan menarik.
Sementara jika kenaikan harga pula yang berlaku, paras 150.00 dilihat sebagai rintangan awal sebelum kenaikan yang diteruskan akan mencapai kembali ketinggian 151.900 yang dicapai minggu lalu.
Namun, jika harga kekal menunjukkan kenaikan, pelabur akan kekal waspada untuk tindakan campur tangan Jepun pada bila-bila masa dalam pasaran.
Sementara, mesyuarat polisi BOJ akan turut menjadi tumpuan pada Jumaat ini.
Lihat gambar carta harga pasangan mata wang USD/JPY di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.
Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK DI SINI – MULA TRADE SEKARANG