Agensi Perkhidmatan Kewangan Jepun mempertimbangkan akta pemindaan sistem percukaian mata wang digital untuk entiti korporat menjelang pembaharuan cukai pada 2023.
Oleh demikian, perubahan yang dicadangkan adalah penghapusan liabiliti keuntungan modal untuk aset kripto korporat yang tidak dilupuskan serta menukar klasifikasi aset digital agar cukai keuntungan modal maksimum yang dikenakan dikurangkan kepada 20% daripada 50%.
Sementelahan itu, di bawah undang-undang percukaian Jepun, keuntungan modal yang tidak ditukar pada mata wang digital diiktiraf sebagai pendapatan pada setiap akhir tahun fiskal, dan ini mendorong liabiliti cukai pendapatan.
Di samping itu, pendapatan kripto individu dan korporat yang melebihi 200,000 JPY ($1,463) dalam mana-mana tahun fiskal yang diklasifikasikan sebagai pendapatan pelbagai akan dikenakan cukai pada kadar antara 15% hingga 55% termasuk kadar cukai penduduk tempatan.
Manakala keuntungan yang diperoleh daripada perdagangan saham dan pertukaran mata wang asing (forex) turut dikenakan cukai sebanyak 20%.
Dengan keadaan sedemikian, penduduk tetap asing Jepun juga tertakluk kepada kadar nominal 55% ke atas termasuklah semua aktiviti menjana pendapatan kripto seperti pinjaman kewangan tidak berpusat, perlombongan Bitcoin atau perdagangan mata wang kripto biasa.
Justifikasinya, pakar industri menyatakan liabiliti cukai tinggi yang dihadapi oleh syarikat pemula kripto Jepun adalah pendorong utama kepada peralihan domisil korporatnya ke luar negara.