‘Perang dingin mungkin telah bermula antara 2 negara ini.’
Ketegangan antara Amerika Syarikat (AS) dan China semakin parah apabila Joe Biden ‘selamba’ beri amaran kepada Xi Jinping berkenaan krisis antara Rusia-Ukraine.
Dalam satu temu bual, Presiden Biden telah mengeluarkan amaran berbunyi ugutan kepada Presiden Xi Jinping dengan mengatakan sebarang tindakan China yang melanggar sekatan ke atas Rusia adalah ‘kesilapan besar’.
Perkara tersebut mungkin merujuk kepada sekatan yang dikenakan kuasa Barat termasuk AS ke atas pencerobohan Rusia terhadap Ukraine.
Ulas beliau bahawa AS dan rakan sekutunnya tidak akan meneruskan sebarang perdagangan dengan China, jika Xi didapati melanggar sebarang sekatan yang dikenakan terhadap Rusia.
Presiden AS itu juga menyifatkan sebarang tindakan yang melanggar sekatan adalah kesilapan besar yang patut dielakan.
Difahamkan perkara tersebut telah diucapkan Biden kepada Xi selepas Presiden China itu berjumpa dengan Vladimir Putin pada acara Olimpik Februari lalu.
Isu ini mungkin bangit semula selepas terdapat ura-ura mengatakan China telah menyalurkan bekalan senjata kepada Rusia semasa pencerobohan ke atas Ukraine berlaku.
Namun Presiden Biden mengatakan setakat ini tiada sebarang indikasi menunjukkan pemerintahan Xi menyalurkan senjata kepada Rusia.
Pada sisi berbeza, ketegangan tersebut dilihat mengeruhkan lagi hubungan ekonomi antara dua negara itu dengan White House mengambil tindakan mengurangkan kebergantungan produk semikonduktor dari negara Asia.
Selain itu, Biden juga difahamkan akan meneruskan tarif barangan China yang dibuat Donald Trump lalu.