Gabenor Bank Pusat Kanada (BOC), Tiff Macklem tidak menolak kemungkinan bahawa bank pusat itu akan mempertimbangkan satu lagi kenaikan kadar sebanyak 50 mata asas dalam keputusan polisi seterusnya.
Ketika memberi keterangan kepada Jawatankuasa Kewangan Dewan Rakyat, Macklem memberitahu bahawa inflasi terlalu tertinggi dan akan kekal untuk tempoh lebih lama daripada yang dijangkakan sebelum ini.
Pemulihan yang pantas telah mula memperlihatkan permintaan berjalan mendahului kapasiti produktif ekonomi sementara perniagaan pula tidak dapat mencari pekerja yang mencukupi untuk memenuhi permintaan.
Oleh itu, bank pusat komited untuk menaikkan kadar bagi mengembalikan inflasi kepada sasaran meskipun perlu melakukannya ‘secara paksa’. Inflasi Kanada kini berada pada paras tertinggi 31 tahun selepas meningkat 6.7% pada bulan Mac.
Apabila ditanya sama ada peningkatan inflasi pada Mac adalah kemuncaknya, Macklem mengatakan ia mungkin menghampirinya.
BOC pada awal bulan ini telah melaksanakan kenaikan sebanyak 50 mata asas sehingga 1.00% dan Macklem mengakui bahawa mereka sedang mempertimbangkan peningkatan pada kadar yang sama dalam pertemuan seterusnya.
Dolar Kanada didagangkan 0.1% lebih tinggi pada 1.2700 pada awal sesi Eropah, bangkit dari paras terendah hampir satu bulan yang disentuhnya sebelum ini.