Keterujaan pelabur Cardano (ADA) bertukar kekecewaan susulan pengumuman mengenai pelancaran hard fork Vasil akan ditangguhkan selama sebulan.
Apa yang berlaku?
Pada Isnin, IOHK mengumumkan ia terpaksa menangguhkannya susulan masih terdapat tujuh pepijat tidak dapat diselesaikan sebelum naik taraf testnet yang dijadualkan pada hari itu.
Walaupun tiada satu pun daripadanya dikategorikan sebagai teruk, tetapi mereka memerlukan ‘beberapa hari lagi’ dan tidak dapat memenuhi tarikh akhir hard fork itu yang sepatutnya dilancarkan pada 29 Jun.
Vasil, akan menambah baik keupayaan penskalaan pada Cardano dengan memperkenalkan ‘pipelining‘ yang akan meningkatkan penyebaran blok.
Keputusan akhir untuk menaik taraf testnet Cardano akan dibuat dengan perbincangan bersama komuniti pembangunan rangkaian aplikasi desentralisasi (DApps).
Pembangun mesti menyelesaikan sebarang isu kritikal dalam ujian, menjalankan ujian penanda aras untuk perisian dan memaklumkan komuniti pembangun untuk memberi masa yang cukup bagi menguji semula DApps mereka sebelum hard fork.
Penangguhan itu bagaimanapun tidak menyebabkan kejatuhan dalam harga ADA, sebaliknya ia lebih terkesan ketidaktentuan dalam pasaan kripto
Ketika penulisan, ADA diniagakan susut pada $0.46 manakala BTC pula merosot pada $20,406.