Langkah pengeluaran besar-besaran minyak mentah daripada rizab kecemasan telah mendorong harga minyak mengalami kejatuhan harga.
Dengan jumlah 60 juta tong oleh Amerika Syarikat (AS), Agensi Tenaga Antarabangsa (IEA) juga bersetuju untuk pelepasan 120 juta tong daripada simpanannya disebabkan oleh krisis Rusia-Ukraine.
Penurunan harga minyak mentah telah mempengaruhi penyusutan ketara pada nilai dolar Kanada untuk dagangan minggu ini ekoran minyak mentah merupakan eksport utama Kanada.
Seperti yang dapat dilihat pada pergerakan harga di carta pasangan USD/CAD, harga telah membuat kenaikan sekitar 200 pips dalam tempoh 3 hari.
Pada Selasa lalu, penurunan harga pada mulanya dipamerkan menuju zon support 1.24000 sebelum harga melonjak melepasi paras 1.25000 dan kenaikan diteruskan pada Rabu dan Khamis semalam.
Dengan faktor pengukuhan US dolar juga, harga telah memberi isyarat perubahan trend bullish selepas lonjakan melepasi paras halangan Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam.
Setakat sesi New York semalam, kenaikan harga telah mencapai paras ketinggian mingguan pada rintangan 1.2600 sebelum harga mendatar di sekitar bawah paras tersebut bersambung pada sesi Asia pagi ini (Jumaat).
Jika corak pergerakan bullish tersebut berjaya dikekalkan sehingga sesi terakhir dagangan minggu ini, berkemungkinan zon rintangan 1.26000 akan terus ditembusi dengan sasaran seterusnya pada 1.26800 akan diuji pula.
Untuk kenaikan lebih tinggi, tumpuan adalah pada zon sekitar 1.27700 untuk kenaikan yang masih diteruskan harga.
Namun jika harga tersekat pada rintangan 1.26000 semasa, penurunan harga yang boleh berlaku akan menguji paras sokongan MA50 untuk petunjuk potensi kejatuhan harga lebih rendah.
Penurunan melepasi paras tersebut akan memberi isyarat awal perubahan trend bearish dengan paras sokongan awal pada 1.25000 akan diuji.
Penurunan lanjut harga bakal kembali semula ke zon support pada 1.24000 yang cuba diuji harga pada dagangan Selasa lalu.
Lihat gambar carta harga pasangan USD/CAD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.
Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK DI SINI – MULA TRADE SEKARANG