US dolar masih gagal memberi arah pergerakan harga yang jelas menuju ke penghujung minggu ini dengan faktor-faktor yang berlegar dalam pasaran dilihat bercampur-campur.
Penurunan pada hasil perbendaharaan Amerika Syarikat (AS) sedikit memberi tekanan kepada US dolar, namun penurunan pada pasaran saham AS yang mencetus isyarat berisiko untuk pasaran boleh memberi sokongan semula terhadap US dolar sebagai mata wang safe-haven.
Mata wang Euro dilihat bergerak meningkat berbanding US dolar pada dagangan Rabu semalam sementara tumpuan pelabur hari ini akan tertumpu kepada keputusan mesyuarat bank pusat Eropah.
European Central Bank (ECB) dijangka untuk mengumumkan penamatan program rangsangan sebelum ini dan berkemungkinan masih akan mengekalkan kadar faedah.
Namun, tidak mustahil untuk kenaikan kadar boleh berlaku lebih cepat, membuat kejutan dalam pasaran.
https://soundcloud.com/intradaydotmy/recording-28
Pada carta harga pasangan mata wang EUR/USD, harga telah kembali paparkan corak kenaikan harga semula semalam melepasi halangan pada 1.07000.
Isyarat awal untuk pergerakan bullish apabila harga mula bergerak di atas paras sokongan Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam semula.
Keputusan hawkish oleh ECB bakal mendorong harga meneruskan kenaikan lebih tinggi dengan sasaran harga untuk menguji zon rintangan pada 1.08000.
Kenaikan yang berjaya menembusi zon tersebut bakal mencatatkan paras ketinggian terbaru 6 minggu dengan sasaran seterusnya adalah menuju sekitar ketinggian 1.09000.
Sebaliknya jika keputusan mesyuarat ECB dinilai lebih bernada dovish, penyusutan Euro boleh mendorong harga menjunam semula.
Kembali bergerak di bawah paras 1.07000 seterusnya akan menjangkakan penurunan harga menuju zon RBS (resistance become support) 1.06000 selepas harga mengatasi paras-paras sokongan minggu sebelum ini.
Penurunan yang diteruskan bakal menuju pula ke zon tumpuan sekitar 1.05000 untuk memaparkan pergerakan trend yang lebih jelas.
Lihat gambar carta harga EUR/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.
Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK DI SINI – MULA TRADE SEKARANG