Tiga bulan selepas dilantik sebagai Pegawai Bendahari Australia, Jim Chalmers dan parti Buruh Australia (ALP) merancang untuk memperbaiki cara sistem Australia menguruskan aset kripto serta membekalkan perlindungan yang lebih efektif kepada pengguna.
Oleh itu, Jim Chalmers mengumumkan pelaksanaan “token mapping” exercise yang merupakan satu daripada 12 cadangan dalam laporan siasatan senat tahun lepas.
Laporan tersebut disambut baik oleh industri yang telah menunggu untuk melihat sama ada kerajaan ALP akan menerimanya.
Selain itu, token mapping exercise bertujuan membantu mengenal pasti bagaimana aset kripto dan perkhidmatan berkaitan harus dikawal selia termasuklah memaklumkan keputusan kawal selia pada masa hadapan.
Difahamkan juga bahawa, Jabatan Perbendaharaan akan mengusulkan beberapa cadangan lain dalam masa terdekat serta rangka kerja pelesenan bagi penyedia perkhidmatan aset kripto yang berurusan dalam produk aset kripto bukan kewangan.
Hal ini bertujuan memberi perlindungan yang diperlukan terhadap aset kripto pengguna dan mengkaji semula struktur decentralized autonomous organization (DAO).
Menurut kenyataan Bendahari Jim Chalmers dan ahlinya, sebahagian besar sektor mata wang kripto tidak dikawal. Sehubungan itu, seharusnya beberapa tugas perlu dilakukan untuk mendapatkan keseimbangan dalam menerima teknologi baharu serta inovatif.
Melalui kenyataan Michael Bacina rakan kongsi Piper Alderman, token mapping exercise merupakan langkah terpenting merapatkan jurang pendidikan antara pengawal selia dan penggubal dasar untuk memahami pekara yang perlu dikawal selia.
Di samping itu, token mapping exercise akan memberikan penjelasan yang lebih kepada pelabur kripto, membantu syarikat membangunkan blockchain sendiri dan menyediakan panduan pertukaran mata wang digital.