Minyak mentah didagangkan lebih rendah pada pembukaan pasaran awal minggu, melanjutkan penurunan yang dicatatkan pada Jumaat lalu.
Pada sesi Asia, niaga hadapan WTI Amerika Syarikat sedikit susut pada $91 setong, setelah ditutup 2.4% lebih rendah pada akhir dagangan minggu lepas.
Sementara dagangan minyak mentah Brent pula didagangkan merosot pada $97 setong, susulan kejatuhan 1.5% yang dicatatkan pada sesi sebelumnya.
https://soundcloud.com/intradaydotmy/harga-emas-minyak-di-awal-minggu?utm_source=clipboard&utm_campaign=wtshare&utm_medium=widget&utm_content=https%253A%252F%252Fsoundcloud.com%252Fintradaydotmy%252Fharga-emas-minyak-di-awal-minggu
Setelah menghadapi gangguan bekalan di Teluk Mexico pada Jumaat lalu, Shell Plc kembali memulakan semula operasi saluran paipnya, menyebabkan dagangan minyak kembali merosot.
Dalam pada itu, Saudi Aramco bersedia untuk meningkatkan pengeluaran minyak mentah kepada kapasiti maksimum 12 juta tong sehari jika diminta berbuat demikian oleh kerajaan Arab Saudi.
Kesediaan syarikat gergasi minyak dunia itu telah menambahkan lagi tekanan buat dagangan komoditi hitam di tengah-tengah prospek permintaan global yang menyuramkan.
Prospek peningkatan bekalan dari Iran juga menekan harga minyak apabila agensi berita IRNA milik kerajaan Tehran melaporkan bahawa cadangan Kesatuan Eropah untuk menghidupkan semula perjanjian nuklear boleh diterima jika ia boleh diyakinkan mengenai pelbagai isu termasuk sekatan.