Pegawai Amerika Syarikat mula menggesa China agar menunjukkan “tindakan yang lebih konkrit” dalam memenuhi komitmennya untuk membeli $200 bilion dalam barangan dan perkhidmatan AS pada tahun 2020 dan 2021 di bawah perjanjian perdagangan “Fasa 1” yang ditandatangani oleh bekas Presiden Donald Trump.
Pegawai A.S dilaporkan mula kehilangan kesabaran terhadap Beijing yang tidak menunjukkan tanda-tanda yang serius sejak beberapa kebelakangan ini dimana China seharusnya merapatkan jurang dalam komitmen pembelian dua tahun yang tamat pada akhir 2021.
Komen dari pegawai A.S ini hadir sehari sebelum kerajaan A.S. akan mengeluarkan data perdagangan setahun penuh, dimana penganalisis menjangkakan akan menunjukkan kekurangan ketara jumlah pembelian dari China.
Berdasarkan data dari Peterson Institute for International Economics Chad Bown, sepanjang bulan November, China telah mencapai hanya kira-kira 60% daripada matlamat perjanjian.
Presiden A.S. Joe Biden berkata perjanjian perdagangan itu tidak menangani masalah teras dengan ekonomi yang diterajui negara China, tetapi pegawai A.S. telah mendesak Beijing untuk melaksanakan perjanjian itu seperti yang ditandatangani.
China terus berhubung dengan pegawai A.S. mengenai isu itu, tetapi Washington sedang mencari “tindakan konkrit”, bukan “perbincangan yang tidak berkesudahan,” tambah pegawai itu.
Pegawai A.S. berkata mereka akan terus menekan China untuk menunjukkan “niat serius” untuk mencapai persetujuan mengenai komitmen pembelian mereka. Tidak kira bagaimana rundingan itu berakhir, pegawai A.S. berkata mereka akan terus menyasarkan masalah teras ekonomi yang diterajui negara China, sambil berusaha untuk meningkatkan daya saing A.S. dengan mempelbagaikan pasaran dan bekerjasama dengan negara sekutu dan rakan kongsi.
Disisi lain, Zhao Lijian, jurucakap kementerian luar China, berkata pada hari Isnin bahawa Amerika Syarikat harus bekerjasama dengan China untuk memajukan hubungan ekonomi dan perdagangan.