Personaliti media dan sosialit terkemuka Amerika, Kim Kardashian dilaporkan berdepan tuduhan oleh Suruhunjaya Sekuriti dan Bursa AS (SEC) kerana mempromosikan EthereumMax (EMAX).
Kardashian yang enggan mendedahkan imbuhannya untuk promosi tersebut dilabel melanggar undang-undang keselamatan Amerika.
Melalui ciapan SEC, Kardashian telah mematuhi tuntutan syarat agensinya yang merangkumi denda berjumlah $1.26 juta yang termasuk pelucutan $230,000 nilai yang diterimanya, dan penalti $1 juta untuk pelanggaran itu.
Tambahnya lagi, SEC mengenakan denda berjumlah $250,000 terhadap Kardashian walaupun beliau enggan mendedahkan bahawa ganjaran yang diambilnya adalah bagi mempromosikan token EMAX.
Malah Kardashian menegaskan sesungguhnya ia adalah iklan semata-mata sementara Pengarah Jabatan Penguatkuasan SEC, Gurbir S. Grewal berkata kebanyakan individu seharusnya tahu sama ada promosi itu berbayar atau tidak berat sebelah agar keputusan pelaburan dapat dibuat dengan adil.
Ekoran itu Pengerusi SEC Gary Gensler juga menyokong komen Grewal dengan menyebut selebriti perlu mengambil pengajaran daripada kes Kim Kardashian kerana terdapat undang-undang yang menuntut selebriti mendedahkan berapa jumlah dana yang dibayar mempromosikan EMAX.
Bagaimanapun, dakwaan SEC masih terdapat sedikit ketidakjelasan kerana Kardashian menunjukkan bukti siaran itu adalah iklan, ulas hos CNBC Squawk Box Andrew Sorkin dan Rebecca Quick.
Oleh demikian banyak pihak inigin menjadi hos kepada rancangan itu agar dapat mendengar lebih banyank penjelasan serta pandangan.
Ini bukan kali pertama pengawal selia kewangan mengenakan denda ke atas personaliti terkenal kerana mempromosikan kripto.
Hal ini berikutan kerana SEC pernah memfailkan saman terhadap pelabur kripto terkenal Ian Balina disebabkan media itu melanggar undang-undang sekuriti dengan mempromosikan token SPRK pada 2018.