Syarikat gergasi Coca-Cola memeterai perjanjian bersama Crypto.com dengan hasil kolaborasi artis digital GMUNK dalam melancarkan koleksi non-fungible token (NFT) yang diilhamkan daripada Piala Dunia FIFA 2022 Qatar.
Tema penubuhan NFT tersebut adalah “heat maps” yang melancarkan sebanyak 10,000 unit NFT mewakili pergerakan unik pemain kejohanan itu dan bakal tersedia di platform Crypto.com dari 1 Mei hingga 31 julai 2022.
Sementara itu, para peminat yang berhasrat mengakses koleksi digital tersebut haruslah membuka akaun pada platform NFT Crypto.com dan seterusnya melawat ke Fanzone page Coca-Cola untuk mint NFT itu.
Difahamkan bahawa Fanzone Coca-Cola merupakan hab digital Piala Dunia FIFA 2022 Qatar yang membenarkan para peminat mengalami keseronokan serta detik-detik yang pasti tidak dapat dilupakan.
Walaupun keseluruhan penjelasan di atas adalah secara global, tapak pendaftaran untuk Coca-Cola Middle East mahupun pautan rasmi fanzone tersebut hanya disediakan kepada penduduk yang tinggal di Qatar, Arab saudi atau United Arab Emirates.
Menurut GMUNK, koleksi ‘piece magic’ Coca-Cola bukan sahaja telah memberikan semangat serta keazaman kepada pemain Piala Dunia yang sedang bertarung di atas padang malah artis yang ingin kembangkan karya seni digitalnya akan mendapat inspirasi.
Manakala, kerjasama antara Crypto.com dan Coca-Cola tersebut mampu wujudkan keunikan kepada seluruh koleksi digital itu yang akan dilangsungkan tidak lama lagi, ulas Ketua Pegawai Ekskeutif (CEO) Crypto.com Steven Kolifowitz.
Ketua Pegawai Pemasaran Crypto.com, Steven Kolifowitz pula berpandangan perjanjian berikut akan mengembangkan jenama serta penggunaan teknologi decentralized secara global.