‘Tak sangka ada juga negara yang tak hype dengan konsep metaverse, tapi tetap nak join metaverse juga rupanya.’
Satu tinjauan oleh sebuah organisasi bukan kerajaan (NGO), World Economic Forum melaporkan bahawa konsep Metaverse dan realiti maya (VR) diterima baik oleh sejumlah penduduk di dunia.
Hasil tinjauan yang diterbitkan oleh firma penyelidikan pasaran, Ipsos mendapati 52% daripada 21,000 orang dewasa di 29 buah negara mengenali konsep metaverse dan 50% darinya cenderung untuk melibatkan diri ke dalam konsep tersebut.
Berdasarkan 50% kecenderungan untuk melibatkan diri dalam dunia metaverse, 5 negara menduduki senarai tertinggi iaitu China, India, Peru, Arab Saudi dan Colombia dengan negara China mengungguli senarai dengan catatan 78%, diikuti oleh India pada 75%.
Berdasarkan senarai itu juga, negara Jepun berada di tempat terakhir pada 22%, United Kingdom (UK) pada 26%, Belgium dan Kanada pada 30% serta Perancis dan Jerman pada 31%.
Bagi 52% negara yang mengenali konsep metaverse pula, negara Turki mencatat peratusan tertinggi pada 86%, India pada 80%, China pada 73% dan negara Perancis, Belgium serta Jerman catat kurang daripada 30%.
Ijmal itu, boleh dikatakan bahawa negara sedang membangun (developing country) dilihat lebih berminat dan ingin melibatkan diri ke dalam metaverse jika dibandingkan dengan negara berpendapatan tinggi (high-income country).
Selain itu, negara sedang membangun juga dilihat lebih mengaplikasikan pembelajaran maya, hiburan, pergaulan digital dan pembedahan jarak jauh dalam kehidupan seharian seperti di Afrika Selatan dan China.
Dalam pada itu, negara sedang membangun juga dilihat lebih berminat kepada mata wang kripto dan blockchain secara menyeluruh dengan Brazil, India dan rantau Asia Pasifik menjadi antara yang terawal membeli kripto pada 2021.