Ketika pasaran kripto sedang tidak stabil, peminat non-fungible token (NFT) mengambil peluang membeli koleksi di platform-platform berasaskan Ethereum.
Berdasarkan rekod, rangkaian tersebut menyaksikan lebih 1 juta pengguna ketika harga gas susut ke paras terendah sejak Ogos 2020 semalam.
Sebagai rekod, pada 27 Februari harga gas telah susut ke paras harga purata 41 gwei dengan nilai minimum: 15 gwei dan maksimum: 315 gwei.
Ini mendorong kepada lonjakan penjualan NFT sehingga lebih 36% dalam 24 jam, mengatasi kebanyakan blockchain dengan perbezaan sekurang-kurangnya $100,000.
Bagaimanapun, JP Morgan berpendapat Ethereum kini sudah diatasi pesaingnya seperti Solana dalam aspek penjualan NFT ekoran daripada gas yang terlalu tinggi.
Jika dilihat kepada perbezaan dua rangkaian ini, purata kos transaksi di Ethereum telah susut kepada $11, hampir 80% lebih murah sejak awal Januari.
Berbanding dengan pesaingnya, Solana mencatatkan purata kos transaksi cuma bernilai $0.00025.
Kehadiran hard fork London adalah untuk ‘membetulkan’ kos transaksi tetapi sehingga ke hari ini, pengguna masih lagi tidak berpuas hati dengan kos semasa.
Jika mereka mahu mendapatkan kos transaksi yang murah bermakna pengguna perlu tunggu detik-detik seperti semalam untuk membuat sebarang transaksi di Ethereum.
Belajar lebih mendalam tentang NFT bersama Team INTRADAY.my, jom sertai group telegram INTRADAY.NFT. Klik di sini untuk sertai.