Menteri perdagangan Kesatuan Eropah dan Wakil Perdagangan A.S. Katherine Tai sedang mengadakan rundingan di Prague pada hari ini bagi membincangkan cara menangani perundangan A.S. yang dilihat EU sebagai mendiskriminasi pembuat kereta elektriknya.
Menteri-menteri juga dilaporkan sedang meninjau untuk melanjutkan sokongan perdagangan untuk Ukraine dan berharap perjanjian perdagangan dengan negara-negara Amerika Latin terus berkembang selepas pilihan raya presiden Brazil, kata para menteri.
Sejak Ogos yang lalu, para pembuat kereta yang bukan dari A.S merakamkan rasa kecewa dengan “Akta Pengurangan Inflasi” AS $430 bilion yang bertujuan untuk memerangi perubahan iklim dan menjadikan Washington peneraju dunia dalam pasaran kenderaan elektrik.
Undang-undang A.S. mengatakan bahawa kenderaan elektrik perlu dipasang di Amerika Utara untuk memenuhi syarat kredit cukai. EU mengatakan ini mendiskriminasi kereta buatan EU dan kenderaan A.S. yang dijual di Eropah menikmati pelepasan cukai yang sama seperti kereta Eropah.
EU dan Amerika Syarikat telah menubuhkan pasukan petugas untuk menangani isu tersebut dan Katherine Tai telah mengambil bahagian dalam mesyuarat Prague bagi memperhalusi lebih mendalam.
“Kita semua berada di landasan yang positif dan sangat penting kita bekerjasama rapat antara EU dan Amerika Syarikat sebagai sekutu strategik, terutamanya dalam situasi yang kita hadapi sekarang,” kata aib Presiden Suruhanjaya Eropah Valdis Dombrovskis.
“Terdapat juga kebimbangan berkaitan Akta Pengurangan Inflasi dan peruntukan diskriminasinya. Dalam hal ini kami telah menubuhkan pasukan petugas EU-A.S. untuk menangani isu-isu ini.”
Menteri Industri dan Perdagangan Czech Jozef Sikela berkata setakat ini belum ada tarikh akhir untuk rundingan itu tetapi status semasa Eropah tidak dapat menerima akta tersebut.