Aktiviti penipuan kripto dilaporkan masih berleluasa sehingga kini apabila pihak berkuasa China beroperasi di luar bandar Tonglio, Mongolia telah menahan 63 individu yang terlibat dalam skim pengubahan wang haram besar-besaran bernilai $1.7 bilion dalam mata wang kripto Tether.
Transaksi mencurigakan tersebut dapat dikenalpasti setelah bank tempatan melihat terdapat deposit berjumlah lebih 10 juta yuan melalui bank itu, namun pihak berkuasa China sempat merampas $18.6 juta semasa serbuan berlaku.
Penjenayah dilapor telah menubuhkan kumpulan di Telegram dengan merekrut individu yang telah membuka akaun pertukaran kripto sementara ahli yang dapat menyertainya akan memperoleh komisen jika mereka dapat ‘cuci’ duit tersebut.
Umumnya, kumpulan penjenayah tersebut telah memulakan operasinya pada Mei 2021 semasa kerajaan China melarang rakyat mereka daripada menggunakan kripto atas alasan pengurangan penggunaan karbon.
Tindakan tegas oleh kerajaan China telah memberi dorongan kepada miners Bitcoin (BTC) untuk beranjak ke negara jiran Kazakhstan ataupun Amerika Syarikat (AS) selepas ladang mining BTC mereka di wilayah Inner Mongolia, Tonglio diberhentikan.
Meskipun begitu, segelintir miners meluahkan keterujaannya apabila operasi kripto melalui proxy servers* dan rangkaian persendirian maya (VPN) masih diteruskan.
*Aplikasi server yang bertindak sebagai perantara dan ditukar melalui sambungan terjamin secara kriptografi
Pada sisi berbeza, kerajaan China sedang berada dalam proses untuk lancarkan mata wang yuan digital sendiri manakala negara lain yang turut berhasrat membuat langkah sedemikan adalah Jepun, Australia, China dan AS.