Ketika sejumlah whales membuat pengumpulan Shiba Inu (SHIB), aset ini juga berdepan dengan kehilangan lebih 30,000 hodlers sekelip mata dalam tempoh 24 jam.
Berikut rincian perubahan jumlah pelabur SHIB:
- 16 Mac
- Jumlah hodlers: 1,199,453
- Pergerakan harga SHIB: Kripto meme ini mencatatkan peningkatan harga lebih 7%, menyentuh paras tertinggi harian, $0.00002278
- 17 Mac
- Jumlah hodlers: 1,166,621
- Pergerakan harga SHIB: Aset ini mencatatkan penyusutan harga sebanyak lebih 3%, menyentuh nilai terendah harian, $0.00002206
Dalam tempoh masa tersebut, Shiba Inu telah kehilangan 32,832 hodlers sekelip mata.
Lebih parah, jumlah hodlers SHIB terus mencatatkan rekod penyusutan sehingga ketika penulisan artikel ini, jumlahnya berubah kepada 1,155,819, menjadikan jumlah kumulatifnya sebanyak 43,634 dalam masa enam hari!
Sebenarnya insiden ini bukanlah kali pertama berlaku kerana pernah terjadi pada akhir Januari tahun ini dan ia tidaklah terus susut hingga ke paras membimbangkan.
Beberapa hari memasuki Februari, jumlah hodlers kembali meningkat secara konsisten selama sebulan sebelum merekodkan angka tertinggi pada 16 Mac.
Barangkali sentimen tersebut mengulangi lagi kitaran yang pernah berlaku sebelum ini.
Sebagai rekod, kehilangan lebih 30,000 hodlers serentak berlaku ketika kadar pembakaran SHIB meningkat lebih 6,700% selepas 745 juta SHIB dibakar.
Pada masa yang sama, kes penggunaan mata wang kripto juga berkembang pesat dalam kalangan firma hartanah dan syarikat tenaga.