Harga minyak gagal bergerak lebih tinggi di tengah-tengah kebimbangan terhadap lonjakan kes Covid-19 di China yang mengurangkan harapan pemulihan dalam permintaan bahan api.
Menjelang pembukaan sesi Eropah, niaga hadapan minyak mentah Brent didagangkan susut pada sekitar harga $83 setong, manakala dagangan WTI Amerika Syarikat pula sedikit lemah pada $78 setong.
Pada awalnya, pasaran minyak menyambut baik laporan mengenai pembukaan semula sempadan China dan pelancong tidak perlu menjalani kuarantin untuk masuk ke negara itu.
Namun, situasi wabak terkini dan keraguan terhadap data rasmi mendorong beberapa negara untuk menggubal peraturan perjalanan baharu ke atas pelancong China.
Penganalisis berpandangan bahawa walaupun terdapat peluang untuk harga minyak melantun, tetapi masih ada potensi ia akan berubah mengikutsituasi pembukaan semula di China.
Dalam pada itu, Institut Petroleum Amerika (API) mendedahkan bekalan minyak mentah Amerika Syarikat merosot pada minggu lalu dengan penurunan 1.3 juta tong, sedikit lebih rendah daripada jangkaan untuk berkurang 1.5 juta tong.