Mengimbas pergerakan harga pada minggu lalu, US dolar dilihat telah mengalami tekanan oleh kebangkitan beberapa mata wang utama dalam pasaran terutamanya mata wang Eropah dengan tumpuan terhadap keputusan mesyuarat bank pusat.
Namun, US dolar kembali mendapat rentak awal untuk mengukuh semula selepas pasaran memberi reaksi terhadap peningkatan pada kadar pertambahan pekerjaan di Amerika Syarikat (AS) untuk bulan Januari berbanding jangkaan untuk alami penurunan.
Angka bacaan bagi purata pendapatan juga catatkan pengukuhan, namun kadar pengangguran sedikit mengecewakan apabila meningkat berbanding jangkaan untuk kekal.
Meneliti pergerakan harga pada carta pasangan mata wang EUR/USD, harga telah berjaya pamerkan corak peningkatan sepanjang minggu untuk petunjuk perubahan trend bullish.
Harga telah membuat peningkatan daripada zon support 1.11200 yang dicecah minggu lalu sehingga ke paras ketinggian 1.14800 dicapai pada Jumaat lalu dengan peningkatan mingguan sekitar 360 pips.
Lonjakan lebih ketara dilihat berlaku pada Khamis susulan reaksi pelabur terhadap kenyataan bernada hawkish oleh Presiden bank pusat Eropah (ECB) melonjakkan nilai Euro menuju penghujung minggu.
Namun selepas mencapai paras ketinggian 1.14800, harga gagal meneruskan kenaikan lebih tinggi melepasi zon tersebut yang turut menjadi zon rintangan kenaikan harga pada dagangan bulan lalu.
Penurunan harga dilihat semula pada Jumaat susulan pelabur memberi tumpuan terhadap laporan pekerjaan NFP AS.
Mengakhiri dagangan sekitar paras 1.14500, harga memulakan dagangan pada pembukaan minggu ini dengan penurunna dari paras tersebut.
Namun, pelabur masih optimis terhadap pergerakan trend bullish harga ekoran harga masih bergerak di atas paras sokongan Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam di carta EUR/USD.
Kenaikan yang diteruskan harga berkemungkinan mampu untuk tembusi zon rintangan 1.14800 sebelum menuju ke paras tumpuan seterusnya sekitar 1.15300.
Paras tersebut menjadi paras sokongan pada dagangan Oktober lalu sebelum harga yang menjunam berjaya melepasinya pada dagangan November.
Untuk jangkaan penurunan harga pula, paras sokongan yang dilihat bakal diuji adalah pada 1.14000 sebelum penurunan lebih rendah akan memberi isyarat untuk perubahan trend bearish.
Penurunan lanjut harga bakal kembali menuju zon 1.12700 yang menjadi zon lonjakan harga pada minggu lalu.
Lihat gambar carta harga pasangan EUR/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.
Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK DI SINI – MULA TRADE SEKARANG