Adakah trend bullish harga pada carta pasangan mata wang GBP/USD telah berakhir?
Jika diteliti, kenaikan harga yang dicapai pada minggu lalu telah mencapai paras tertinggi 11 minggu dengan zon 1.37400 menjadi rintangan penting harga.
Tetapi berlaku penurunan harga pada Jumaat bagi penutupan dagangan minggu lalu berkemungkinan berlaku aktiviti pengambilan untung (profit taking) oleh para pelabur buat US dolar yang telah bergerak lemah sepanjang minggu.
Pelabur menantikan aksi pengukuhan semula US dolar berikutan Federal Reserve (Fed) masih berada pada landasan untuk pengetatan dasar monetarinya dengan tumpuan akan terarah pada mesyuarat FOMC minggu hadapan.
Bagi Pound, laporan data pekerjaan UK dilihat akan menjadi pemacu bagi pergerakan mata wang Britain tersebut pada minggu ini yang mana akan turut mempengaruhi keputusan bank pusat dalam penetapan dasar.
https://soundcloud.com/intradaydotmy/din-dolar-pasaran-matawang-2
Setelah harga pada carta GBP/USD mula bergerak di bawah paras halangan Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam, penganalisis mula melihat isyarat awal untuk permulaan trend bearish.
Namun pengukuhan US dolar perlu berlaku untuk pergerakan trend bearish yang lebih jelas pada minggu ini.
Penurunan harga pada penghujung minggu lalu dilihat menjadikan zon 1.36500 sebagai zon sokongan harga dengan pergerakan harga mendatar di atas zon tersebut bersambung di awal pembukaan pasaran minggu ini.
Penurunan harga yang lebih rendah melepasi zon tersebut akan kembali menguji beberapa zon tumpuan harga sebelum ini seperti zon RBS (resistance become support) 1.36000 atau lebih rendah menuju zon 1.35000.
Sebaliknya, jika penurunan harga tidak berlaku malahan harga kembali menyambung trend bullish seperti minggu-minggu sebelum ini, zon rintangan 1.37400 bakal diuji sekali lagi.
Menembusi zon tersebut bakal mendorong harga catatkan paras ketinggian terbaru lagi dengan jankgaan menuju paras sekitar 1.38300.
Lihat gambar carta harga pasangan GBP/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.
Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK DI SINI – MULA TRADE SEKARANG