Dolar Australia antara yang menjadi mata wang dalam pemantauan pelabur ketika ini dengan potensi untuk meningkat ekoran beberapa faktor yang sedang mempengaruhi dalam pasaran.
Sebelum ini tekanan dirasai oleh dolar Australia apabila bank pusat Australia (RBA) telah menaikkan kadar faedah lebih rendah berbanding jangkaan.
Namun, data inflasi yang diterbitkan pada sesi Asia pagi ini (Rabu) yang kekal di paras 1.8% mengatasi jangkaan untuk turun kepada 1.6% kembali mencetuskan jangkaan untuk RBA meneruskan semula pengetatan dasar yang agresif.
Di samping itu, sentimen pasaran risk-on setelah terbitan data pertumbuhan ekonomi China yang kukuh turut menjadi faktor tambahan untuk menyokong pengukuhan dolar Aussie.
Meneliti carta harga pasangan mata wang AUD/USD, walaupun corak penurunan dipaparkan pada Isnin lalu, harga berjaya kembali pamerkan corak kenaikan semula pada Selasa semalam dengan lonjakan sekitar 100 pips ke paras 0.64000.
Kenaikan diteruskan lagi pada hari ini (Rabu) selepas harga pada mulanya mendatar di atas paras 0.63700 di sesi Asia.
Selepas pelabur mencerna data inflasi Australia yang diterbitkan, kenaikan harga diteruskan pada dagangan yang bersambung ke sesi Eropah dengan kenaikan mencapai ketinggian 0.64400 setakat jam 3 petang waktu tempatan.
Pergerakan harga di atas paras sokongan Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam masih memberi isyarat untuk pergerakan trend bullish.
Sasaran kenaikan lebih tinggi adalah untuk menuju zon rintangan pada 0.65400 yang menjadi tumpuan pada dagangan awal Oktober lalu.
Kenaikan ke paras tersebut akan mencatatkan paras ketinggian terbaru untuk tempoh dagangan 3 minggu.
Sementara, jika harga membuat penurunan semula, paras sokongan terhampir harga dilihat berada pada 0.63700 yang bakal diuji.
Penurunan di bawah zon tersebut dan melepasi sokongan MA50, akan menjangkakan perubahan trend harga untuk susut lebih rendah.
Zon support pada 0.62000 yang diuji beberapa minggu lalu akan kembali menjadi tumpuan jika penurunan harga diteruskan.
Lihat gambar carta harga pasangan AUD/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.
Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK DI SINI – MULA TRADE SEKARANG