US dolar terus suram di penghujung minggu ini menuju kejatuhan mingguan terbesar dalam tempoh 8 bulan berikutan pelabur dilihat semakin mengurangkan posisi belian setelah sebelum ini pembelian ke atas US dolar sudah pun berlaku lebih awal (price in) ekoran jangkaan beberapa kenaikan kadar faedah akan berlaku tahun ini.
Terbitan laporan data indeks harga pengeluar (PPI) Amerika Syarikat (AS) semalam dilihat tidak begitu memberi kesan yang ketara terhadap pergerakan US dolar.
https://soundcloud.com/intradaydotmy/din-dolar-usd-suram-9am-14-1
Pada carta harga pasangan mata wang EUR/USD Khamis semalam, harga dilihat meningkat lebih tinggi selepas lonjakan pada Rabu lalu mencapai paras 1.14500 selepas melepasi zon rintangan 1.14000.
Kenaikan harga semalam dilihat lebih perlahan berbanding Rabu dengan paras ketinggian terbaru mencapai 1.14800 sementara paras 1.14500 menjadi sokongan harga pada penurunan harga yang berlaku di penghujung sesi New York.
Menyambung dagangan pada sesi Asia pagi ini (Jumaat), harga memaparkan cubaan untuk kenaikan harga semula.
Kenaikan harga jika berjaya diteruskan dilihat bakal menuju ketinggian 1.15300 untuk merekodkan paras tertinggi terbaru 9 minggu.
Sebaliknya jika berlaku penurunan harga semula, harga yang jatuh di bawah paras sokongan semasa pada 1.14500 akan menuju zon RBS (resistance become support) pada 1.14000.
Penurunan yang berterusan akan memberi isyarat perubahan awal trend bearish bakal bermula kembali.
Lihat gambar carta harga pasangan EUR/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.
Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK DI SINI – MULA TRADE SEKARANG