Mengikut jejak penurunan mata wang Euro semalam, Pound Sterling juga dilihat mempamerkan penyusutan semula selepas lonjakan pada dagangan Rabu lalu.
Meneliti pergerakan harga pada carta pasangan mata wang GBP/USD, momentum lonjakan pada Rabu lalu selepas terbitan data inflasi UK, terbantut apabila penurunan berlaku semula pada Khamis semalam berikutan pengukuhan semula oleh US dolar.
https://soundcloud.com/intradaydotmy/recording-32#t=0:00
Harga yang mendatar di bawah paras ketinggian 1.31500 kemudiannya menjunam sekitar 100 pips menguji paras sokongan Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam.
Setelah sedikit kenaikan semula pada penghujung sesi New York ke paras sekitar 1.30800, harga kembali menunjukkan penurunan semula pada sesi Asia pagi ini (Jumaat) pada kadar yang perlahan.
Jika penurunan harga dilanjutkan pada hari ini, zon support pada 1.3000 akan kembali menjadi tumpuan untuk diuji semula.
Sebelum ini, harga telah mendatar di paras tersebut sejak penghujung minggu lalu dan bersambung ke awal minggu ini.
Sekiranya penurunan harga akhirnya menembusi zon support tersebut, penurunan seterusnya harga dilihat akan menuju pula ke paras sekitar 1.29000.
Tetapi jika harga berjaya membuat lonjakan semula, rintangan awal pada 1.31000 akan cuba untuk diatasi sebelum harga bakal mengatasi paras ketinggian dicapai semalam.
Kenaikan yang diteruskan dilihat akan kembali menguji zon rintangan tumpuan pada 1.31700-1.32000 setelah beberapa minggu harga bergerak di bawah zon tersebut.
Lihat gambar carta harga pasangan GBP/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.
Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK DI SINI – MULA TRADE SEKARANG