Pengendali pertukaran aset digital Malaysia, Luno akan menambahkan mata wang kripto Cardano ke platformnya pada 21 September dan Solana pada 6 Oktober dalam mengembangkan lagi rangkaian aset digitalnya.
Menurut kenyataan pengurus negara Luno Aaron Tang, beliau yakin bahawa memberi pelanggan pembaharuan dalam mengakses aplikasi kripto merupakan tindakan penting untuk jangka masa panjang.
Tambahnya lagi, landskap mata wang kripto yang selalu berubah membuatkan Luno ingin menerapkan ilmu kewangan dalam kalangan rakyat malaysia dengan menggalakkan pemahaman yang lebih kukuh tentang aset digital serta pelaburan.
Lebih penting lagi, Luno bermatlamat untuk memberi keselamatan ketat kepada pelanggan agar perjalanan pelabur dalam kripto berjalan lancar.
Ulas Suruhanjaya Sekuriti Malaysia yang mengawal selia Luno, perancangan penambahan Cardano dan Solana menjadikan jumlah mata wang kripto yang didagangkan pada platformnya kepada sembilan token.
Sebagai konteks, mata wang kripto sedia ada yang diurus niaga di platform Luno termasuk Bitcoin (BTC), Ethereum (ETH) dan XRP.