Kelemahan logam kuning emas berterusan pada hari Rabu apabila US dolar dan hasil perbendaharaan AS melanjutkan kenaikan ke paras tertinggi.
Pada sesi Asia, emas didagangkan suram di sekitar paras terendah 2 setengah tahun pada $1,625 per auns, manakala niaga hadapan emas pula susut pada $1,632 per auns.
Indeks dolar sekali lagi menembusi paras ketinggian baharu 20 tahun pada sesi Asia, diikuti dengan pengukuhan hasil bon AS 10 tahun tertinggi yang mencecah 4.00% pertama kali sejak Oktober 2008.
Beberapa ucapan daripada pembuat dasar Federal Reserve (Fed) yang hawkish telah membantu pengukuhan tersebut, di mana Charles Evans dan James Bullard melihat lebih banyak kenaikan kadar pada mesyuarat akan datang.
Ini menyebabkan emas gagal bersinar di tengah-tengah kebimbangan terhadap kemelesetan ekonomi yang semakin meningkat.
Sebaliknya, pelabur lebih memilih US dolar sebagai safe-haven berikutan pengukuhannya dan Fed yang hawkish.