‘Dah kena siasat makin banyak tikus-tikus diusir keluar.’
Gergasi pemaju hartanah China merangkap firma default terbesar dunia, Evergrande Group berhadapan penyiasatan audit ke-2 dalam tempoh 9 bulan.
Difahamkan Majlis Pelaporan Kewangan Hong Kong sedang giat menjalankan siasatan terhadap akaun Evergrande dan audit beberapa transaksi firma termasuk anak syarikat, Evergrande Property Services Group Ltd.
Penyiasatan oleh badan pemantau (watchdog) tersebut dilihat akan menambah tekanan terhadap firma yang sedang bergelut dengan krisis hartanah China.
Sebagai rekod, firma telah dikenakan status default ekoran kegagalannya membayar hutang pada Disember lalu sehingga mencetus kebimbangan mengenai keupayaan membayar balik dan menyiapkan projek kepada pemilik.
Atas faktor tersebut pengawal selia pengaudit telah memperluaskan skop pemeriksaannya untuk penyata kewangan Evergrande bagi 2020 dan separuh pertama 2021, selain mengembangkan penyiasatan audit.
Rincian penyiasatan adalah untuk mengetahui bagaimana 13.4 bilion Yuan atau $1.98 bilion daripada depositnya digunakan sebagai jaminan bagi pihak ke-3 untuk mendapat pinjaman bank dan kemudian gagal membayar balik.
Selain itu, siasatan sebelum ini juga telah mencetus pemergian beberapa eksekutif kanan iaitu Xia Haijun dan Pan Darong beberapa minggu lepas.
Tidak dilupakan juga pengasas Hui Ka Yan telah meletak jawatan sebagai pengerusi unit hartanah pada tahun lepas selepas terlibat dalam krisis hutang.