Selepas pamer peningkatan sekitar 130 pips pada Rabu, harga pada carta pasangan mata wang GBP/USD pada Khamis semalam kembali membuat penurunan semula sekitar 90 pips.
Paras 1.34000 kekal menjadi zon rintangan yang menghalang harga untuk meneruskan kenaikan lebih tinggi.
Selain itu juga, sentimen pasaran yang masih berisiko akan terus memberi kelebihan terhadap US dolar sebagai mata wang safe-haven walaupun situasi perang antara Rusia dan Ukraine kadang-kala mereda.
Namun menjadi tumpuan kembali pada sesi Asia pagi ini, letupan dilaporkan berlaku di loji kuasa nuklear Ukraine ekoran serangan tentera Rusia.
US dolar dijangka akan menyambung pengukuhan lanjut sehingga sesi berikutnya, namun pelabur juga akan berwaspada menjelang laporan pekerjaan NFP Amerika Syarikat (AS) yang akan diterbitkan pada sesi New York.
https://soundcloud.com/intradaydotmy/recording-16
Isyarat trend bearish kembali diterima pelabur apabila harga pada carta GBP/USD mula bergerak di bawah paras halangan Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam.
Penurunan lebih rendah dijangkakan untuk menguji support 1.33000 yang masih cuba ditembusi sejak minggu lalu.
Melepasi zon tersebut akan mendorong penurunan lanjut harga menuju zon support pada 1.3200-1.31700 yang sebelum ini diuji pada dagangan Disember tahun lalu.
Namun jika harga berjaya melonjak semula, zon rintangan 1.34000 akan terus diuji lagi sebelum memberi isyarat lebih jelas untuk perubahan trend bullish.
Kenaikan harga akan mensasarkan pada zon SBR (support become resistance) pada 1.35000 pula selepas berjaya keluar dari zon sideway harga minggu ini.
Lihat gambar carta harga pasangan GBP/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.
Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK DI SINI – MULA TRADE SEKARANG