US dolar didagangkan sedikit bercampur pada pembukaan pasaran awal minggu ini selepas laporan data pekerjaan NFP Amerika Syarikat (AS) yang diterbitkan pada penghujung minggu lalu dilihat gagal merangsang pengukuhan lanjut raja mata wang itu.
Namun penganalisis berpandangan US dolar akan kembali mengukuh semula pada bila-bila masa sahaja ekoran pelabur akan kembali memberi perhatian terhadap keputusan mesyuarat FOMC minggu lalu di mana Federal Reserve (Fed) telah menaikkan kadar faedah kepada 50 mata asas seperti yang dijangkakan pasaran.
Menunjukkan langkah yang serius dalam mengangani inflasi yang melonjak, ini akan terus mendorong jangkaan untuk kenaikan kadar faedah yang berterusan oleh Fed untuk baki mesyuarat sehingga penghujung tahun.
Mata wang Eropah memaparkan sedikit peningkatan berbanding US dolar pada dagangan sesi Eropah semalam sebelum kembali suram pada sesi New York.
Namun pelabur kekal waspada untuk mata wang Euro ekoran isu sekatan minyak Rusia di Eropah yang masih menjadi kebimbangan dalam pasaran.
Tumpuan untuk Euro akan terarah pada laporan tinjauan ZEW sentimen ekonomi Jerman yang akan diterbitkan pada sesi Eropah sebentar lagi.
https://soundcloud.com/intradaydotmy/din-dolar-usd-layu-awal-minggu-105
Jika diteliti pergerakan harga pada carta pasangan mata wang EUR/USD, harga yang berlegar pada zon support 1.05000, iaitu zon terendah harga dalam tempoh 5 tahun, kenaikan dipamerkan semula pada sesi Eropah semalam.
Memberi isyarat awal untuk perubahan trend bullish, kenaikan harga telah melepasi paras halangan Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam dan hampir menyentuh paras ketinggian 1.06000.
Walaupun menunjukkan corak kenaikan harga pada pembukaan dagangan awal minggu ini, harga dilihat masih bergerak dalam zon sideway yang bersambung dari penghujung April lalu.
Zon 1.06000-1.06400 yang diuji ketika reaksi pasaran terhadap mesyuarat FOMC dan laporan NFP minggu lalu akan kembali diuji lagi pada minggu ini sekiranya kenaikan harga berlaku.
Untuk kenaikan lebih tinggi, harga bakal menuju ke paras 1.07000 sebelum melanjutkan kenaikan ke zon 1.08000 bagi pergerakan trend bullish yang lebih jelas.
Sebaliknya jika US dolar kekal mengukuh dan menekan harga lebih rendah, pelabur berkemungkinan akan menyaksikan harga mencatatkan paras terendah terbaru lagi selepas penurunan melepasi zon support 1.05000.
Penurunan selanjutnya harga untuk rekod terendah terbaru adalah pada sasaran 1.04000 iaitu zon support pada dagangan Disember 2016 lalu.
Lihat gambar carta harga pasangan EUR/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.
Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK DI SINI – MULA TRADE SEKARANG